Wednesday, December 22, 2010

Perlu Disembunyikan..???



Haa??Biar betul..Ya Allah, betapa banyaknya sunnah kekasihMu yang kami tak tahu..Saya berasa sangat terkejut apabila membaca sebuah artikel berkaitan dengan pertunangan mengikut cara Islam..
Pertunangan sebaik-baiknya dirahsiakan, seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) perkahwinan.” (Hadis riwayat Ahmad dari Abbdullah bin Zubair)

Antara kelebihan merahsiakan pertunangan adalah untuk membendung hasad dengki manusia di luar dan kerahsiaan itu menjadikan kita menahan, mengawal perangai serta pergaulan kerana masih belum sah menjadi suami isteri..Kerahsiaan ini juga dapat mengelakkan maruah kita dan keluarga terjaga..Misal kata, semasa bertunang, bukan main grand lagi, tuptup..Jodoh tidak kesampaian..Hal ini dapat mengelakkan orang sekeliling bercakap yang tidak 'enak' tentang kita dan keluarga kita..Cantiknya Islam, begitu ingin memelihara kita daripada sebarang fitnah..


Masyaallah..Sungguh,selama 20 tahun hidup, saya benar-benar sangkakan majlis pertunangan perlu dihebohkan..Sama seperti perkahwinan, tetapi dalam skala yang lebih kecil..Mana tidaknya, selama ini saya melihat ia sudah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat melayu..

Asal tunang, makanan pula,mewah..kadangkala berkatering,paling tidak pun ada khemah yang disediakan..Hantaran pula,seperti hantaran perkahwinan..Bezanya mungkin jumlah..Masa bertunang hanya dalam linkungan 5,7 dulang..Perkahwinan 9 ke atas, umpama menjadi kemastian untuk melebihkan jumlah hantaran semasa bertunang dengan hantaran perkahwinan.. pakaian si perempuan sangat cantik, umpama seorang pengantin..Lagi 'cantik' jika sebelum ini ada yang bertudung,semasa bertunang, tudung dan aurat entah disimpan dimana..kening pula,dicantasnya..masyaAllah, inilah yang sangat saya takuti..

Masih segar dalam ingatan saya, semasa saya menghadiri majlis pertunangan salah seorang sahabat rapat di Kajang..kedua-dua belah keluarga merupakan keluarga yang agak berada..Majlis pertunangan meriah persis majlis perkahwinan..Berkhemah-khemah..Hidangan pula bukan sekadar makanan berat..Beberapa booth makanan ringan dibuka sepeti booth cendol,bubur pulut hitam,mi hoon,laksa,kuih-muih dan satay..Begitu ramai yang hadir..

Berbeza pula dengan cerita seorang kenalan saya mengenai majlis pertunangan abangnya.. Pertunangan abangnya hanya berlangsung dengan sangat sederhana berlandaskan syariat.. Dengan hanya dihadiri kedua ibuayah, pertunangan dijalankan..Sekadar untuk membolehkan ibuayah berkenalan antara satu sama lain bagi memudahkan urusan yang seterusnya..Tanpa CINCIN dan HANTARAN...Subhanallah..Hebatnya mereka dalam menjalankan syariatMu ya Allah..

Dengan keadaan masyarakat kini dan kadangkala ibuayah yang kurang faham akan semua ini, sukar sebenarnya untuk melakukan seperti apa yang telah mereka lakukan..Saya akui kita sering terikat dengan cakap-cakap masyarakat..

Apa pun, setelah saya membaca satu artikel berkaitan pertunangan berlandaskan Islam, tak salah untuk kita mengadakan hantaran atau cincin kerana itu merupakan hadiah daripada pihak lelaki kepada pihak perempuan..Cuma apa yang penting, janganlah kita terlalu bermewah dan berlebih-lebihan..Di khuatiri hilang berkah dalam menuju sebuah perkahwinan....

- Allah Maha Mengetahui -

4 comments:

  1. Salam..
    Nak tnyala..if Org 2 dh tunang,then,ada Org msOk minang cam ne ek??
    bkn ke x bleh meminang atas pinangn org len?

    ReplyDelete
  2. Salam gagak itam..ya, tak boleh meminang atas pinangan orang lain.. contoh klu muslimat itu sukakan juga pada muslimin yang baru melamarnya slps dia telah bertunang dengan muslimin lain, maka semestinya muslimat itu tidak boleh menerima lamaran drpd muslimin itu.. terlebih dahulu muslimat itu wajib memutuskan pertunangan dengan muslimin pinangannya sblm ini, dan haram muslimin y br melamarnya itu memaksa, mendesak, batu api atau apa cara sekalipun dengan tujuan utk memutuskan pertunangan muslimat yang mhu dlmar dgn tunangnya sblm ini...

    ReplyDelete
  3. salam, just nak tnya..saya bakal melangsungkan pertunangan beberapa minggu je lagi..masalahnya, keluarga ayah saya kalau boleh nak hebohkan kepada orang ramai..kononnya kalau x panggil, nanti masa kenduri kawen, x ada yang mahu tolong kerana terasa hati...sebenarnya saya hanya mahukan sebuah majlis yang sderhana hanya dihadiri oleh keluarga lelaki(mak ayah, adik bradik, sedara dekat) dan keluarga perempuan(mak ayah, adik bradik, sedara dekat)..ibu saya sangatlah berpendapat dengan saya, tapi masalahnya sekarang, keluarga ayah saya kalau boleh nak paggil semua orang, jiran2..saya sebenarnya kurang selesa..lagipun saya masih belajar..dan pertunangan kami mungkin memakan masa yang lama juga...tapi bagaimana saya mahu membuat majlis seperti keinginan saya tanpa membuatkan keluarhga ayah saya kecewa dengan keputusan saya???

    ReplyDelete
  4. Salam..
    Apa yang mampu saya cadangkan buat saudari adalah dengan berbincang 'heart to heart' and 'face to face' dengan ayah saudari..jelaskan secara bhikmah pandangan saudari pada ayah saudari..dalam masa yang sama,banyak-banyak memohon pada Allah agar melembutkan hati keluarga ayah dan ayah saudari sendiri..Allah yang memegang hati manusia..Jadi,minta agar Allah melembutkan hatinya..saudari juga boleh menjelaskan hadis yang dinyatakan Rasulullah beserta hikmahnya secara santai..jelaskan niat dn tujun saudari..insyaallah..mudah-mudahan urusan saudari dipermudahkan Allah..apapun,maaf andainya jawapan yang saya berikan tidak dapat atau tak cukup membantu saudari dalam menghadapi masalah ini..

    ReplyDelete