Tuesday, June 28, 2011

Warkah Buat Bakal Zaujku..


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat bakal zaujku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah kuketahui siapa, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaan-Nya…

“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu,Insyaallah..

Bakal zaujku,

“Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara, hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Bakal zaujku,

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab nanti. Tiada harta sebagai jaminan kau akan menerima sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Insyaallah hanya ketenangan yang mampu aku sediakan kerana aku pernah terbaca sepotong kalam suci yang bermaksud:

“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya diantaramu rasa kasih sayang.”

(Surah Ar-Rum:21)

Bakal zaujku,

Jika keturunan mulia itu yang kau dambakan,ketahuilah bahawa keluargaku bukanlah dari keturunan ternama. Aku bukanlah anak seorang Dato' atau Tan Sri, bukan juga anak seorang ulama', syeikh mahupun ustaz. Namunku amat bersyukur,berbangga dan berbahagia masih punya ummi dan abah seperti mereka...

Bakal zaujku,

Jika kecantikan paras rupa yang kau cari, ketahuilah bahawa

ku tidak punya kecantikan luar biasa, yang bisa menggugah dan menggoncang iman para pemuda. Yang juga mampu membuat kau berbangga kerana bisa memiliki ku. Aku hanyalah wanita biasa,yang tiada atau adanya aku, mungkin tidak pernah disedari sesiapa. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan pakaian ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai...

Bakal zaujku,

Aku akui, aku bukanlah wanita yang sempurna buatmu. Ilmu agamaku terlalu cetek.Laghanya aku dalam tipu noda dunia,hanya Allah yang tahu. Namun,ku cuba untuk memperbaiki diri, walau mungkin seringku jatuh dan jatuh lagi. Ku cuba berdampingan dengan mereka yang solehah,dengan harapan aku mendapat setitis haruman kasturi yang disebutkan Rasulullah didalam hadisnya.Ku cuba memaksa dan mengikhlaskan diri menghadiri majlis ilmu, bagi mendekatkan diriku pada Allah dan agama, juga persiapanku bagi mendidik anak-anakmu.....

Bakal zaujku,

Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumah tangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-sama menegakan dakwah Islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah kearah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini,aku ingin menjadi isteri yang sentiasa medapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk baitul muslim antara aku, kau dan anak-anak kita...

Bakal zaujku yang dirahmati,

Inginku aku berbicara mengenai pemberianmu kepada ku. Ketahuilah, aku tidak menginginkan hantaran bersusun dan mas kahwin yang mahal yang menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya maharku sebuah kalam mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya. Bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh tanggungjawabku terhadap deen Allah ini.....


- Allah Maha Mengetahui -



Thursday, June 16, 2011

Antara Demonstrasi dan Konsert



Geli hati saya apabila membaca media-media melaporkan pengharaman demonstrasi yang dirancang pembangkang bagi menuntut agar SPR lebih telus dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab.

Hujah-hujah seperti menganggu para peniaga, menganggu kesesakan jalan raya, merosakkan
harta benda awam dan boleh menyebabkan kesan negatif dalam pelancongan negara dijaja kepada
umum. Pendapat mereka yang arif termasuk para ustaz dikukuhkan lagi dengan dalil daripada hadith dan ayat Al-Quran digunakan bagi menguatkan lagi pengharaman demonstrasi.

Sungguh saya tidak menyalahkan mereka, saya faham jika ilmu mereka hanya diminta dan dipandang serius sekali sekala apabila UMNO merasakan mereka terancam sahaja (sedangkan dalam banyak perkara mereka terpaksa mengunci mulut). Dan saya yakin, mereka sendiri menyedari hakikat ini.



Dan seperti biasa, media-media dikerah untuk menyebarkan pengharaman ini. Satu perkara yang timbul dalam benak fikiran saya, bagaimana pula dengan konsert ? Tidak silap saya, tidak pernah pula saya terbaca pengharaman sebarang konsert yang diadakan di seluruh negara, malah artis-artis luar dijemput.

Mengapa tidak diharamkan? Saya dapat jawapannya. Ohhh..dengan adanya konsert, dapat membantu para peniaga..Ohh lagi...dengan konsert dapat meningkatkan jumlah pelancong...Ohhhhhh lagi....konsert sangat tidak menyebabkan 'kemusnahan' fizikal cuma kemusnahan para muda mudi, tidak mengapalah, ia tidak nampak dengan mata kasarkan ???

Pada saya, tidak salah untuk mengadakan konsert dengan syarat, ia tidak bertentangan dengan syariat Islam. Dalam hal-hal ini pula, dimanakah perginya mereka yang arif ? Tiadakah hadith atau dalil Al-Quran ? Pasti ada. Jika ada dimanakah tercampaknya kunci-kunci ustaz/ustazah ? Adakah diminta pendapat mereka..? Pasti tidak..Mengapa?? Anda pasti mampu memikirkan jawapannya..



Berdosakah mereka..?

Tertarik saya dengan satu blog yang ditulis rakan sekampus saya. Ada benar juga.BERDOSAKAH nenek moyang kita yang mengadakan demonstrasi semasa menentang Malayan Union..BERDOSAKAH mereka yang berkumpul di Tahrir Square bagi menggulingkan presidennya yang zalim..? Berdosakah mereka.......

-Allah Maha Mengetahui-

Sunday, June 12, 2011

Tiba-tiba..

Tiba-tiba sebuah akhbar (lidah rasmi UMNO, anda boleh agak akhbar mana..) berkempen menaikkan ulama dalam kepimpinan PAS, walhal sejak berdekad, akhbar tersebut menjadi pencaci kepimpinan ulama dalam parti Islam terbesar di negara kita..

Tiba-tiba UMNO menjadi 'sedih' kerana semua jawatan nombor dua dan tiga PAS dimenangi oleh individu bukan ulama dalam pemilihan muktamar, padahal selama ini semua ulama dalam PAS dituduh sebagai ulama politik yang menjual agama untuk kepentingan kuasa..



Tiba-tiba Mohamad Sabu diisytiharkan oleh media UMNO sebagai pendokong ANWARIYYUN, sedangkan nama Mohamad Sabu selama ini diungkit UMNO sebagai pengkritik kuat Anwar satu masa dulu..




Tiba-tiba Anwar Ibrahim dan Hadi Awang dispekulasikan sebagai bakal PM walhal semua perkara tersebut datang daripada UMNO sendiri..



Tiba-tiba UMNO 'susah hati' kerana PAS didakwa meninggalkan matlamat negara Islam walhal sejak bezaman negara Islam dan hudud menjadi persendaan UMNO yang tidak pernah menjadi agenda mereka pun..

Tiba-tiba T## M## mengumumkan Karpal Singh dan DAP yang untung kerana berjaya halang PAS laksana hudud sedangkan beliau sendiri pernah menjadi penghalang besar hudud apabila beliau sendiri mengutus surat kepada MB Kelantan untuk mengambil tindakan jika kerajaan PAS Kelantan menjalankan hudud seperti yang diluluskan dalam Sidang Dun Kelantan..



Tiba-tiba N#### mengatakan PAS meniru konsep mereka tentang negara berkebajikan sedangkan sebelum ini ada dalam kalangan pemimpin UMNO berkata M'sia tidak mampu melaksanakan negara berkebajikan kerana jika dibuat, M'sia akan bankrap. Ada pula pemimpin UMNO yang kata PAS ketinggalan zaman kerana negara berkebajikan telah lama dilaksanakan UMNO. Mana satu yang betul ?

Dipetik daripada Harakah, Bilangan 1648 : Zulkifli Yahaya.

- Allah Maha Mengetahui -