Sunday, June 12, 2011

Tiba-tiba..

Tiba-tiba sebuah akhbar (lidah rasmi UMNO, anda boleh agak akhbar mana..) berkempen menaikkan ulama dalam kepimpinan PAS, walhal sejak berdekad, akhbar tersebut menjadi pencaci kepimpinan ulama dalam parti Islam terbesar di negara kita..

Tiba-tiba UMNO menjadi 'sedih' kerana semua jawatan nombor dua dan tiga PAS dimenangi oleh individu bukan ulama dalam pemilihan muktamar, padahal selama ini semua ulama dalam PAS dituduh sebagai ulama politik yang menjual agama untuk kepentingan kuasa..



Tiba-tiba Mohamad Sabu diisytiharkan oleh media UMNO sebagai pendokong ANWARIYYUN, sedangkan nama Mohamad Sabu selama ini diungkit UMNO sebagai pengkritik kuat Anwar satu masa dulu..




Tiba-tiba Anwar Ibrahim dan Hadi Awang dispekulasikan sebagai bakal PM walhal semua perkara tersebut datang daripada UMNO sendiri..



Tiba-tiba UMNO 'susah hati' kerana PAS didakwa meninggalkan matlamat negara Islam walhal sejak bezaman negara Islam dan hudud menjadi persendaan UMNO yang tidak pernah menjadi agenda mereka pun..

Tiba-tiba T## M## mengumumkan Karpal Singh dan DAP yang untung kerana berjaya halang PAS laksana hudud sedangkan beliau sendiri pernah menjadi penghalang besar hudud apabila beliau sendiri mengutus surat kepada MB Kelantan untuk mengambil tindakan jika kerajaan PAS Kelantan menjalankan hudud seperti yang diluluskan dalam Sidang Dun Kelantan..



Tiba-tiba N#### mengatakan PAS meniru konsep mereka tentang negara berkebajikan sedangkan sebelum ini ada dalam kalangan pemimpin UMNO berkata M'sia tidak mampu melaksanakan negara berkebajikan kerana jika dibuat, M'sia akan bankrap. Ada pula pemimpin UMNO yang kata PAS ketinggalan zaman kerana negara berkebajikan telah lama dilaksanakan UMNO. Mana satu yang betul ?

Dipetik daripada Harakah, Bilangan 1648 : Zulkifli Yahaya.

- Allah Maha Mengetahui -

No comments:

Post a Comment