Friday, December 24, 2010

Hanya 'Single' Atau 'Married'..





“Farah,bukan ke abang kau dah bertunang? Kenapa aku tengok kat FB status dia masih ‘Single’..?” Tanya Nadira.
"Laa..kau ni Ira..bukan ke aku dah cakap kat kau, dalam Islam, pertunangan tu perlu dirahsiakan..Jadi, kalau ikutkan betul-betul, status kita tak kira la kat friendster ke, FB ke hanya 'Single' atau 'Married'.." Terang Farah.
Jika dilihatkan fenonema remaja pada masa kini, sudah menjadi kebiasaan mereka 'MEMPROMOSIKAN' status mereka di laman-laman sosial seperti di FB atau FS..Status-status seperti 'IN A RELATIONSHIP WITH' , 'ITS COMPLICATED' atau 'ENGAGED' menjadi trend untuk menghebahkan kepada umum akan 'milik hati' mereka ..
Status-status ini sebenarnya sangat bertentangan dengan syariat Islam..Cuba anda bayangkan, sedangkan sebuah petunangan yang disunnahkan oleh Rasulullah S.A.W pun perlu dirahsiakan, apatah lagi hubungan-hubungan 'tidak rasmi' yang lain..

Malah menambahkan lagi 'genting' keadaan para remaja Islam pada masa kini, mereka tidak segan silu memaparkan gambar-gambar bersama 'kekasih tercinta'..Ada yang berdiri bersebelahan, berpegangan tangan dan 'ber' yang lain-lain..
Jika dilihat, gambar-gambar ini akan menjadi perhatian umum. Hal ini disebabkan saya melihat, gambar mereka yang hangat 'bercouple' sangat mendapat sambutan rakan-rakan yang lain dengan pelbagai komen..
Mereka yang 'kurang' faham akan tuntutan ini mungkin merasakan Islam terlalu 'skema' atau 'mengongkong' dalam hal-hal berkaitan hati dan perasaan MUDA..Tetapi hakikatnya, Islam ingin menjaga batas pergaulan para penganutnya agar tidak wujud benih-benih 'kemungkaran dan maksiat' dalam diri manusia memenuhi fitrah 'ingin memiliki dan dimiliki'..
Masih segar dalam ingatan saya, kisah mengenai seorang rakan kepada sahabat saya..Menurutnya, rakannya itu memiliki boyfriend, statusnya di FB menjadi bukti 'in a relationship with ...' , malah turut dihiasi dengan gambar sebagai bukti 'detik-detik indah' mereka sebagai pasangan 'kekasih'.. Saya ingin menukar pepatah 'malang tidak berbau' kepada 'ajal tidak berbau'..Boyfriend rakannya itu terbabit dalam kemalangan jalan raya dan akhirnya kembali menemui Allah..
"Aku takut, risau..Aku takut kalau gambar aku dengan arwah kat FB menjadi saham dosa yang berterusan buat aku dan lebih-lebih lagi buat arwah..Aku tak boleh nak delete gambar-gambar tu, sebab aku tak tahu password dia.."
'Siapa yang makan kopi, akan terasa pahitnya'..Jadi,tunggu apa lagi..Banyak perkara 'benar' yang kita tahu, tapi sering kita abaikan dan sengaja 'buat-buat tak pernah tahu'..
Sabarlah dan bersabarlah..Apabila anda 'sah' bergelar suami isteri kelak, kongsikanlah kepada rakan-rakan anda buah cinta anda yang 'halal' pada pandangan Allah..Bukan cinta yang kita mahu 'nampak halal dan direstui' pada pandangan manusia..
Apa yang penting disini, bukanlah sekadar status atau gambar semata-mata..Sebaliknya lebih kepada tingkah laku para belangkas yang 'belum halal' di pentas dunia..Ingatlah..Bila-bila masa sahaja ajal akan memanggil kita.....'Berkorbanlah' sebentar untuk dunia ini untuk mencapai kebahagiaan hakiki di SANA....
-Allah Maha Mengetahui-

9 comments:

  1. thanks 4 pkongsian yg sgt bmanfaat. Paling ak ttarik, ttg ptunangn yg kne dirahsiakan, br ak taw.

    ReplyDelete
  2. from perak to terengganu ^.^

    salam 'alaik..


    yup, bgitulah yg Rasulullah s.a.w ajarkn. x p'lu mghebohkannya ttp tidak jg t'lalu mrahsiakannya. ini bg mngelakkn pnkhitbahan ke atas wanita2 yg tlh dikhitbah yg smemangnya dilarang olh Islam.

    justeru, seorg lelaki yg b'hajat utk mngkgitbah seseorg gadis yg diingininya seharusnya mgambil tahu atau merisik mlalui kluarga atau knalan t'dekat si gadis bg mngelakkn hal t'sbut b'laku.

    p/s: status b'tunang pn tidak dihebahkn bg mngelakkn fitnah..bagaimana pula sikp sgelintir pihak yg dgn bangga mletakkn status 'in a relationship' dgn seseorg yg blum ditunanginya apatah lg dinikahinya?

    wallahua'lam..

    ReplyDelete
  3. 'x p'lu mghebohkannya ttp tidak jg t'lalu mrahsiakannya'

    bleh sya tahu ap yg awk mksudkn dgn 'tidak tlalu mrahsiakn'? tidak tlalu brahsia rd segi ap..

    ReplyDelete
  4. Salam 'alaik

    Alhamdulillah...
    'nak tau' memg btul2 ingin mmahaminya dgn baik.

    sblum 2, ana mulakn dgn definisi khitbah atau mlamar yg blh disahkn sbg p'tunangan batin.

    pengertian khitbah menurut buku alfiqhul islami wa’adillatuhu, karya syaikh wahbab az-zuhaidi (buku ni slalu digunakan utk rujukan penentuan fatwa oleh para ulama besar…), ialah menjelaskan rasa suka utk menikahi seorang perempuan t'tentu, dan memberitahu walinya bahawa dia sukakn gadis t'sbut.

    khitbah ini blh disampaikan oleh wali pelamar atau sec langsung (kpd wanita t'sbut). khitbah dikatakan sah (sempurna) jika wanita yang dilamar atau walinya menyetujuinya.

    jd, yg jelasnnya..khitbah dikatakan sempurna jika wanita ATAU walinya menyetujui. so, sebenarnya jika ada seseorang yang menyatakan cintanya kpd pasangannya dan berkomitmen utk menikahinya, maka itu sudah jatuh definisi khitbah.

    x t'lalu mrahsiakannya, adlh dgn mmberitahu kluarga t'dekat s'ta shbt yg rpt. kalau ade usrah, britahu pd naqibah jg. hal ni, bg mngelakkn fitnah s'ta mnjg maruah seseorg yg mgkin b'minat dgn gadis pd dsrnya tlh dikhitbah..ttp dia x mngetahuinya.

    lazimnya, sblum b'tndg ke rumh gadis.. smd pihak lelaki akn b'tanya langsung kpd gadis..atau lbh cantik jika diselidik melalui tman rptnya atau ahli kluarganya yg t'dekat.. cuba, kalau dia xtahu lgsung yg gadis 2 dh b'tunang.. bukan ke malu, pinangannya ditolak.. kasihan maruah seorg lelaki yg sedikit t'calar.. subhanallah, bg lelaki yg b'iman yg redha.. begitulah tatacara yg diajarkn olh islam, bg mnjg kedudukn sesorg.(spt yg ana gtau sblum ni (^.^)


    so, xp'lu la smpai ltak d status FB.. kalu xjd nnt kn malu.. tgk, btapa Islam mnjaga maruah umatnya.. subhanallah..

    wallahua'lam.

    ReplyDelete
  5. Msti btl2 nak tahu..Sbb hal2 bkaitan ni, akan dlalui o sya..nnt ble la gak sya bkongsi ngn kengkwn..x pun nnt dh ada famili, sya kne didik anak2,dgn cara Islami..
    Ooowwhhh..Phm2. Maksudnya bgtahu org tdekat la..
    TQ ek utk pkongsian awk..

    ReplyDelete
  6. bukn p'kongsian ana.. p'kongsian 'khalifah' insyaAllah.. juz mncelah..

    tp, kwn 2 pn.. biarlh kwn yg blh dp'cayai.. insyaAllah, tu lbh baik.^.^ mksudnya kwn yg plg rpt..

    asif ya, kalau ada yg x b'tepatn dgn soalannya. wallahua'lam..

    from terengganu to Melaka..

    ReplyDelete
  7. Apa maksud ukhti from perak to terengganu dan from terengganu to melaka yea...?

    ReplyDelete
  8. hehehe...

    mksudnya?? mksudnya p'jalanan memikirkn jwpn 2.. hehehe.. perak ke t'gganu 2 jauh.. so lame sket kne fikir. t'gganu ke melaka pn jauh.. pn kne pk lame jgk. huhu.


    ana de blog br tau.
    blog yg nti listkn 2.. akn ditukr kpd blog peribadi. hmm... insyaAllah.

    supaya lbh fokus dong, insyaAllah ^.^
    ape2 pn, syok dpt bc tulisn 'khalifah' T5 ni..hehehe

    from melaka to KL..

    ReplyDelete
  9. Owh...faham2..
    Peribadi?xleh masuk sesuka ati la ni ukhti..?
    hrp nnt dpt inform kt ana paswordnya..
    cz insyaallah sblm ni ana selalu folo blog ukhti..

    T5? ap 2..byk no soklannye yea..hehe..

    From KL to Perak..

    ReplyDelete