Monday, January 31, 2011

Khamil, Si Kaki Kudung..


"Ummi! Apa salah Angah. Kenapa Angah diuji begini. Kenapa! Kenapa ummi!" Rintih Khamil penuh kepiluan.

Dummmm!!! Bunyi kaca berderai di bilik Khamil. Dia menyelerakkan biliknya. Dibalingnya semua perhiasan bilik ke lantai.

"Sabar Angah. Allah Maha Mengetahui..Ada hikmahnya semua ini..Bersabarlah nak.." Pujuk ummi.

"Allah tak adil! Kenapa Dia buat Angah begini ummi..Kenapa..!!!" Suara Khamil semakin meninggi.

"Astaghfirullah..Mengucap Angah..Jangan cakap macam tu..." Laju airmata ummi mengalir.

"Nikmat apa lagi yang ada ummi? Dah tak bermakna hidup ini. Lebih baik mati!" Bentak Khamil.

"Khamil..........." Luruh sekeping hati ibu melihat keadaan seorang anak dalam keadaan tersebut.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

"Assalamualaikum. Puan, saya Amirul dari Balai Polis Jalan Bandar. Anak puan, Khamil Hariz kini berada di ICU. Dia terlibat dengan kemalangan. Saya berharap puan dapat datang ke Unit Kecemasan Hospital Besar Kuala Lumpur dengan segera."

Ummi hanya berdiri kaku. Terkejut dengan khabar yang baru diterima. Antara percaya atau tidak. Ummi menepuk pipinya berkali-kali.

"Ya Allah, aku tidak bermimpi.. Selamatkanlah anakku ya Allah......" Rintih hati ummi.

Setibanya ummi,abah, Khalid dan Khuzair ke sana, mereka terus menuju ke wad yang menempatkan Khamil. Kedua-dua kakinya terpaksa dipotong kerana hancur akibat digilis lori dan diseret sejauh 10 meter sebelum disedari oleh pemandu lori berkenaan.

Sebaik sahaja Khamil menyedari keadaannya, dia meraung, menjerit dan meratap keadaannya. Terlalu berat untuknya menerima takdir yang Maha Esa buatNya.

Puas ummi dan abah memujuknya. Namun emosinya masih sukar untuk ditenangkan. Berbagai kata nasihat dan motivasi yang diluah dan dikongsi, namun Khamil tetap begitu.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
"Allah tak adil..Apa salah aku? Selama ni aku solat, puasa. Tapi ini balasanNya untuk aku ?!"
"Kenapa Kau buat aku begini. Kenapa? Kenapa tak bagi aku mati je! Lagi senang!"
"Hidup susahkan orang je aku ni!"

Hati Khamil berkecamuk dengan bisikan-bisikan halus. Setiap masa Jiwanya berbentak-bentak. Prasangka buruknya pada Sang Pencipta menguasai diri.

Sejak seminggu lalu tiba dirumah, begitulah keadaan Khamil. Tidak punya semangat untuk hidup. Seumpama telah kehilangan seleruh kehidupan..

"Bismilahirrahmanirrahim....Ar-rahman....A'llamalquran..." Sayup-sayup kedengaran suara ummi membaca surah Ar-rahman di sofa berhampiran dengan bilik Khamil.

Sehinggalah.........

"Fabiayyi ala irobbikuma tukazziban..."
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan.." Getus hati Khamil sendirian, menterjemah setiap ayat yang dibaca umminya.

Cecair mutiara mengalir perlahan menuruni pipinya. Khamil terasa seperti disambar halilintar. Sungguh..Ayat tersebut benar-benar menusuk sehingga ke dasar hatinya yang paling dalam...Khamil tertunduk, terasa malu dengan sikapnya..Terasa hina dengan kata-katanya pada Sang Pencipta..

"Ya Allah...Betapa kufurnya hambaMu ini ya Allah......" Khamil bermonolog sendirian.

Khamil terus hanyut dalam kalam suci yang dibaca ummi. Sebagai pelajar berkelulusan Bahasa Arab, sedikit sebanyak dia dapat memahami makna ayat-ayat tersebut dengan baik. Setiap kali ayat tersebut dibaca, semakin laju airmata Khamil.
Ayat-ayat cinta tersebut menamparnya berkali-kali. Khamil sedar akan kelemahannya sebagai hamba..

"Ummi....." Perlahan suara Khamil.

Sebaik sahaja melihat susuk tubuh tabah ummi, Khamil meluru bergerak dengan kerusi rodanya dan terus memeluk umminya

"Maafkan angah ummi......."

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Mulai hari tersebut, kehidupan Khamil semakin baik. Dia dapat menerima dan berhadapan dengan takdir dengan penuh keredhaan..SegalaNya diserahkan sepenuhnya kehadrat pemilik yang menciptakan kehidupan.......

*kisah ini merupakan kisah benar yang disaksikan penulis disebuah rancangan temubual di saluran Astro Ria beberapa tahun yang lalu.


- Allah Maha Mengetahui -




No comments:

Post a Comment