Monday, September 17, 2012

Kita

Dulu
Akulah penglipur laramu
Menghiburkanmu
Mengukir senyum dipipimu.

Dulu
Akulah pelangi
Yang mewarnai hari-harimu
Penuh ceria.


Kini
Aku ibarat pisau
Yang menghiris-hiris hatimu
Penuh luka.

Kini
Kata-kataku umpama busur panah
Yang sentiasa kau rasakan
Sengajaku sasar tepat
Ku sasar lagi
Ku sasar lagi
Tanpa henti.


Kini
Dirimu gemar mematung
Bagai patung hidup
Membisu 
Tak berkata apa-apa
Tanpa bicara 

Kerna kini
Dirimu merasakan
Akulah yang kurangnya matang
Akulah yang lebihnya menjiwa.


Mungkin kini
Kau mula sedar
Aku bukanlah sahabat yang baik
Dan takkan pernah baik.

Sahabat
Segala yang terlakar
Walau tidak semanis dulu
Walau tidak seindah sebelumnya
Namun ketahuilah
Segalanya berlaku 
Kerana rasa cintaku
Yang tak pernah pudar.

Maafkanlah aku
Kerna terlalu menyayangi dirimu...








- Allah Maha Mengetahui - 

No comments:

Post a Comment