Monday, January 31, 2011

Khamil, Si Kaki Kudung..


"Ummi! Apa salah Angah. Kenapa Angah diuji begini. Kenapa! Kenapa ummi!" Rintih Khamil penuh kepiluan.

Dummmm!!! Bunyi kaca berderai di bilik Khamil. Dia menyelerakkan biliknya. Dibalingnya semua perhiasan bilik ke lantai.

"Sabar Angah. Allah Maha Mengetahui..Ada hikmahnya semua ini..Bersabarlah nak.." Pujuk ummi.

"Allah tak adil! Kenapa Dia buat Angah begini ummi..Kenapa..!!!" Suara Khamil semakin meninggi.

"Astaghfirullah..Mengucap Angah..Jangan cakap macam tu..." Laju airmata ummi mengalir.

"Nikmat apa lagi yang ada ummi? Dah tak bermakna hidup ini. Lebih baik mati!" Bentak Khamil.

"Khamil..........." Luruh sekeping hati ibu melihat keadaan seorang anak dalam keadaan tersebut.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

"Assalamualaikum. Puan, saya Amirul dari Balai Polis Jalan Bandar. Anak puan, Khamil Hariz kini berada di ICU. Dia terlibat dengan kemalangan. Saya berharap puan dapat datang ke Unit Kecemasan Hospital Besar Kuala Lumpur dengan segera."

Ummi hanya berdiri kaku. Terkejut dengan khabar yang baru diterima. Antara percaya atau tidak. Ummi menepuk pipinya berkali-kali.

"Ya Allah, aku tidak bermimpi.. Selamatkanlah anakku ya Allah......" Rintih hati ummi.

Setibanya ummi,abah, Khalid dan Khuzair ke sana, mereka terus menuju ke wad yang menempatkan Khamil. Kedua-dua kakinya terpaksa dipotong kerana hancur akibat digilis lori dan diseret sejauh 10 meter sebelum disedari oleh pemandu lori berkenaan.

Sebaik sahaja Khamil menyedari keadaannya, dia meraung, menjerit dan meratap keadaannya. Terlalu berat untuknya menerima takdir yang Maha Esa buatNya.

Puas ummi dan abah memujuknya. Namun emosinya masih sukar untuk ditenangkan. Berbagai kata nasihat dan motivasi yang diluah dan dikongsi, namun Khamil tetap begitu.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
"Allah tak adil..Apa salah aku? Selama ni aku solat, puasa. Tapi ini balasanNya untuk aku ?!"
"Kenapa Kau buat aku begini. Kenapa? Kenapa tak bagi aku mati je! Lagi senang!"
"Hidup susahkan orang je aku ni!"

Hati Khamil berkecamuk dengan bisikan-bisikan halus. Setiap masa Jiwanya berbentak-bentak. Prasangka buruknya pada Sang Pencipta menguasai diri.

Sejak seminggu lalu tiba dirumah, begitulah keadaan Khamil. Tidak punya semangat untuk hidup. Seumpama telah kehilangan seleruh kehidupan..

"Bismilahirrahmanirrahim....Ar-rahman....A'llamalquran..." Sayup-sayup kedengaran suara ummi membaca surah Ar-rahman di sofa berhampiran dengan bilik Khamil.

Sehinggalah.........

"Fabiayyi ala irobbikuma tukazziban..."
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan.." Getus hati Khamil sendirian, menterjemah setiap ayat yang dibaca umminya.

Cecair mutiara mengalir perlahan menuruni pipinya. Khamil terasa seperti disambar halilintar. Sungguh..Ayat tersebut benar-benar menusuk sehingga ke dasar hatinya yang paling dalam...Khamil tertunduk, terasa malu dengan sikapnya..Terasa hina dengan kata-katanya pada Sang Pencipta..

"Ya Allah...Betapa kufurnya hambaMu ini ya Allah......" Khamil bermonolog sendirian.

Khamil terus hanyut dalam kalam suci yang dibaca ummi. Sebagai pelajar berkelulusan Bahasa Arab, sedikit sebanyak dia dapat memahami makna ayat-ayat tersebut dengan baik. Setiap kali ayat tersebut dibaca, semakin laju airmata Khamil.
Ayat-ayat cinta tersebut menamparnya berkali-kali. Khamil sedar akan kelemahannya sebagai hamba..

"Ummi....." Perlahan suara Khamil.

Sebaik sahaja melihat susuk tubuh tabah ummi, Khamil meluru bergerak dengan kerusi rodanya dan terus memeluk umminya

"Maafkan angah ummi......."

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Mulai hari tersebut, kehidupan Khamil semakin baik. Dia dapat menerima dan berhadapan dengan takdir dengan penuh keredhaan..SegalaNya diserahkan sepenuhnya kehadrat pemilik yang menciptakan kehidupan.......

*kisah ini merupakan kisah benar yang disaksikan penulis disebuah rancangan temubual di saluran Astro Ria beberapa tahun yang lalu.


- Allah Maha Mengetahui -




Friday, January 14, 2011

Tidur Berbantalkan Lengan Suami..


Dari bancian atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA) hanya kira-kira 45% isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin dan hanya 21.7% selepas 10 tahun perkahwinan.

Tahukah kaum isteri bahawa hormon bau phero yg dirembes dari ketiak suami boleh mengaktifkan hormon isteri sehingga mereka merasa damai dan tenang.
Jadi para isteri, ketepikanlah bantal-bantal anda..Tidurlah di lengan suami anda hingga ke pagi..Hampirkan hidung anda ke ketiaknya, tidak dinafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup relax dan tenang..ia disebabkan bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kalenjar hormon anda. ( pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu betapa asyik dan rileksnya..) FAKTA.. Serius ni.. ( yg belum berkahwin, jangan berani mencuba) ..

Dan dari kajian itu menyatakan isteri yang tidur di lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur..

Buat yang sudah bergelar isteri, tunggu apa lagi..segeralah praktikkan..buat BAKAL-BAKAL isteri, usah berfantasi..kautlah maklumat ini sebagai ilmu persediaan mendirikan rumah tangga...

( *Dipetik daripada buku Diari Muslimah 2011)

-Allah Maha Mengetahui-

Thursday, January 6, 2011

Susah Baru Ingat....


"Cepat! Cepat! Ada budak kena rasuk," Berita yang didengar daripada Siti mengejutkan saya dan sahabat yang berada di dalam bilik.
"Bilik mana?"
"Blok 2 bilik 223. Hani la.."

Dengan pantas, Ija salah seorang daripada kami pergi ke bilik hadapan untuk memaklumkan kepada sahabat-sahabat yang lain. Perkara ini biasa berlaku ditempat kami memandangkan kawasan asrama yang diduduki berhampiran dengan kawasan bukit..

Apabila berlaku kes-kes kerasukan, tidak cukup dengan hanya tenaga 4 orang daripada kami. Kami perlukan bantuan daripada sahabat lain untuk membantu. Dengan pantas, kami menyarungkan tudung dan berlari menuju ke blok 2. Mujurlah jarak antara blok tidak terlalu jauh.

"Arghhhhhhhhhhh.." Hani yang dirasuk menjerit.

Sukar untuk kami masuk ke biliknya. Dia telah menyandarkan rak buku ke pintu dan menguncinya. Ini menyebabkan kami tidak dapat masuk ke dalam. Kami perlu bertindak pantas. Khuatir andainya Hani melakukan perkara yang tidak sewajarnya. Bila-bila masa saja dia boleh terjun ke bawah melalui tingkap atau mencederakan dirinya.

Laila bertindak pantas pergi ke rumah warden untuk mendapatkan kunci biliknya. Tidak lama kemudian dia naik semula bersama kunci. Setelah berjaya membuka pintu, kami cuba menolak pintu perlahan-lahan. Agak sukar kerana rak buku terlalu berat. Tambahan pula, Hani semakin agresif. Dia cuba melawan dengan menolak kembali pintu dengan kuat.

"Tak boleh jadi ni. Kita kena tolak pintu ni ramai-ramai. Baru boleh rasanya." Cadang Jiha. Penghuni aras berkenaan berkumpul memerhatikan kami. Ada raut cemas diwajah mereka.

"1..2..3..!" Saya, Syida dan Alia menolak pintu tersebut sekuat mungkin. Rak buku terjatuh dan kami berjaya masuk.

Dengan pantas Laila dan Ija menerkam ke arah Hani yang sedang mengamuk. Terlalu sukar untuk menjatuhkannya untuk memudahkan kami mengawalnya. Setelah kami beramai-ramai berhadapan dengannya, akhirnya Hani berjaya dibaringkan. Saya dan Syida memegang tangannya. Alia dan Laila di bahagian kaki. Manakala Ija berusaha untuk membantu Hani untuk pulih. Sakit juga tangan dibuatnya. Tenaga rasukan tersebut terlalu kuat. Meronta-ronta cuba untuk melawan.
Alhamdulillah, apabila makhluk tersebut mengaku kalah dengan ayat-ayat Allah yang dibaca tanpa henti, Hani mula sedar. Apabila keadaannya mula stabil, Jiha memberikan beberapa pesanan kepada Hani sebagai pendinding diri.

Keesokan harinya, kami lihat Hani hanya pergi ke kuliah dengan bertudung dan memakai baju yang longgar berbanding sebelum ini tanpa tudung dan berbaju serta berseluar ketat. Kadangkala kami ke biliknya kerana Hani masih merasa takut dan trauma. Apabila kami ke biliknya, bergema bacaan ayat-ayat Al-Quran daripada laptop yang dipasang. Pakaiannya dibilik juga semakin baik kerana memakai seluar panjang jika sebelum ini, sekadar berseluar pendek sehingga menampakkan peha dan lagu-lagu lagha menjadi halwa telinga.

Tidak lama kemudian, sedikit demi sedikit, Hani kembali berubah. Tiada lagi tudung yang menutupi kepalanya. Tiada lagi bacaan Al-Quran yang bergema dibiliknya. Beberapa bulan berikutnya, Hani dirasuk kembali. Dia kembali dekat kepada Allah dan selepas itu kembali lagi kepada kehidupan biasanya. Begitu juga dengan kebanyakan kes-kes rasuk yang lain. Begitulah putarannya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

"Benarlah, manusia hanya ingat Allah bila berada dalam kesusahan," kata Syida
"Mungkin sebab tu Allah sering mendatangkan ujian kepada kita, untuk mengingatkan kita kepadaNya," sambung Ija.
"Dan bila kita senang dan berada di zon selesa, kita kembali melupakanNya.." kata Alia.

Ada benarnya kata sahabat-sahabat saya. Sering saya perhatikan pada diri saya sendiri dan mungkin orang lain, apabila berada di dalam kesusahan, barulah mencari Allah.. Apabila rasa selesa, ok dan tak teruji jarang hati mengingati Ilahi.. Duhai hati..Bukan Allah yang menjauhi..Sebaliknya manusialah yang sering menyisihkan diri dari kasih Ilahi...Semoga kita sentiasa ditetapkan hati di atas jalanNya......

-Allah Maha Mengetahui -