Saturday, August 18, 2012




R.A.M.A.D.H.A.N

Semoga akan bertemu lagi
Terima kasih kerana hadir
Mendekatkan lagi kami pada Ilahi...


S.Y.A.W.A.L
Kehadiranmu bukan tidak dinanti
Kerana engkau anugerah 'kemenangan'
Yang dikurnia Ilahi kepada kami...



Salam Lebaran buat semua yang mengenali diri ana..Maaf atas segala khilaf..Semoga akan bertemu pada Ramadhan dan Syawal akan datang..Ukhwah Fillah..


- Allah Maha Mengetahui -

Friday, August 17, 2012

Dedikasi Buat Saudaraku Di Rohingya


Saudaraku
Kalian tersepit
Dihimpit
Dianiaya
Diperkosa
Diambil nyawa
Oleh mereka..


Saudaraku

Walau begitu
Kalian tetap teguh
Dalam syahadah yang jitu
Dalam akidah yang satu..


Saudaraku

Bersabarlah
Sedang penduduk Arasy
Sedang bersiap
Menyambut kalian..


Saudaraku

Berbanggalah
Kerana Islam
Nyawa kalian, sanggup dipertaruhkan..


Saudaraku

Kami yakin
Rahmat Allah dalam genggaman....

Ya Allah..Berikanlah kekuatan kepada saudara-saudara kami menempuh ujian dan dugaan yang begitu berat ini....Tetapkanlah mereka dalam iman dan Islam.....Hadiahkanlah mereka syurga-Mu...... 

- Allah Maha Mengetahui -