Tuesday, June 28, 2011

Warkah Buat Bakal Zaujku..


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat bakal zaujku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah kuketahui siapa, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaan-Nya…

“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu,Insyaallah..

Bakal zaujku,

“Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara, hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Bakal zaujku,

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab nanti. Tiada harta sebagai jaminan kau akan menerima sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Insyaallah hanya ketenangan yang mampu aku sediakan kerana aku pernah terbaca sepotong kalam suci yang bermaksud:

“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya diantaramu rasa kasih sayang.”

(Surah Ar-Rum:21)

Bakal zaujku,

Jika keturunan mulia itu yang kau dambakan,ketahuilah bahawa keluargaku bukanlah dari keturunan ternama. Aku bukanlah anak seorang Dato' atau Tan Sri, bukan juga anak seorang ulama', syeikh mahupun ustaz. Namunku amat bersyukur,berbangga dan berbahagia masih punya ummi dan abah seperti mereka...

Bakal zaujku,

Jika kecantikan paras rupa yang kau cari, ketahuilah bahawa

ku tidak punya kecantikan luar biasa, yang bisa menggugah dan menggoncang iman para pemuda. Yang juga mampu membuat kau berbangga kerana bisa memiliki ku. Aku hanyalah wanita biasa,yang tiada atau adanya aku, mungkin tidak pernah disedari sesiapa. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan pakaian ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai...

Bakal zaujku,

Aku akui, aku bukanlah wanita yang sempurna buatmu. Ilmu agamaku terlalu cetek.Laghanya aku dalam tipu noda dunia,hanya Allah yang tahu. Namun,ku cuba untuk memperbaiki diri, walau mungkin seringku jatuh dan jatuh lagi. Ku cuba berdampingan dengan mereka yang solehah,dengan harapan aku mendapat setitis haruman kasturi yang disebutkan Rasulullah didalam hadisnya.Ku cuba memaksa dan mengikhlaskan diri menghadiri majlis ilmu, bagi mendekatkan diriku pada Allah dan agama, juga persiapanku bagi mendidik anak-anakmu.....

Bakal zaujku,

Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumah tangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-sama menegakan dakwah Islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah kearah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini,aku ingin menjadi isteri yang sentiasa medapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk baitul muslim antara aku, kau dan anak-anak kita...

Bakal zaujku yang dirahmati,

Inginku aku berbicara mengenai pemberianmu kepada ku. Ketahuilah, aku tidak menginginkan hantaran bersusun dan mas kahwin yang mahal yang menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya maharku sebuah kalam mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya. Bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh tanggungjawabku terhadap deen Allah ini.....


- Allah Maha Mengetahui -



No comments:

Post a Comment